INFO CADAR


Fabrik cadar-cadar disini adalah 100% cotton kecuali dinyatakan. Untuk cadar 100% cotton, kami bahagikan kepada 2 kategori iaitu fabrik good quality dan fabrik high quality. Fabrik high quality mempunyai jumlah kiraan benang dan kepadatan kapas yang lebih tinggi berbanding dengan fabrik good quality. Dengan rekaan yang terkini ditambah pula dengan rona warna yang lembut dan menarik , nilaian harga untuk satu-satu cadar semakin meningkat.

Setiap cadar dan barangan hiasan dalaman yang dipamerkan di blog jualan kami adalah berasaskan gambar diambil daripada katalog jualan dan juga kamera digital. Warna barang sebenar berkemungkinan sedikit berlainan disebabkan kesan pencahayaan semasa gambar ini diambil dan kesan setting di monitor komputer anda.